:)





Suatu kisah,Kisah benar belaka
Seorang lelaki dalam pencarian
Mencari pemilik rusuk kirinya
Sudah bertahun bersendirian
Muncullah calon yang entah ke berapa
Bukan calang-calang calon yang di usulkan
Lulusan universiti Timur Tengah
Menghormati permintaan si anak

Yang mahu pendamping solehah
Sejuk mata memandang
Bertudung labuh litup
Pandai berbahasa arab
Pendek kata tip top!

Si lelaki mulakan istikharah
Hampir berminggu
Setelah meneliti gambar
Mula mencari maklumat

Sebelum sesi taaruf bermula
Si lelaki menjenguk laman web
Laman Friendster kegemaran ramai
Yang kini mungkin Facebook

Satu keajaiban!!
Si lelaki tidak pernah punya web sedemikian
Tiba-tiba tergamam
Si gadis masih anggun
Bertudung labuh litup
Bergambar sakan…

Aduh!!!

Terkejut bukan kepalang
Calon solehah direject tanpa ihsan
Bukan menjadi pilihan
Hanya kerana gambr di tayang
Pemilihan terbatal

Dia pernah berkata
Perempuan cantik itu
Tidak memandang dan tidak dipandang
Perempuan cantik itu
Tidak mengenali dan tidak dikenali
Perempuan cantik itu
Tidak menegur dan tidak ditegur

Akhirnya
Solehah kempunan calon soleh
Merayu untuk dipertimbangkan
Tapi sayang sekali
Si lelaki tetap tidak berganjak dengan keputusan

Wahai Muslimah
Aku dan kamu
Mari mempelajari, mencontohi
Watak-watak wanita salafussoleh
Sifat, pengorbanan dan perjuangan mereka
Kerana wanita solehah itu
Lebih baik daripada seribu lelaki yang tidak soleh...

1 comment:

cinta said...

sepatutnya si adam memberi peluang..mana ada manusia yang sempurna...kahwini hawa tersebut...bentukkan dia menjadi insan soleha..sayang..si adam terlalu cepat menolak...huhuhu...