:..PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA..::


Asas 5 jari

Jari telunjuk : usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang


Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya
badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh
menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

Seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system
dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking
kita.kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur,
keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.cube cek tapak tgn
masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab
itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

Selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau
lembab ke? jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.

Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami
masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada
urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

Selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan,
sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau
tekanan dalam kehidupan sehariannya.

Seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya
kita sebagai seorang wanita. cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari
anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna
anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

Tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna
putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang
sihat..insya allah...

Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang..

Wallahua'lam..

~MORAL: JAGALAH KESIHATAN KITA..IA ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI DARI YANG MAHA ESA
 — 

Mana yang patut dimalukan?


◆ Malu kerana berbaju kurung, berpakaian muslimah,
◆ Atau malu berpakaian tidak menutup aurat?

◆ Malu kerana tiada kekasih,
◆ Atau malu ke hulu kehilir dengan yang tidak halal untukmu?

◆ Malu kerana dikatakan alim,
◆ Atau malu kerana dikatakan teruk?

◆ Malu kerana dikatakan kuno disebabkan mengikut syariat Islam,
◆ Atau malu kerana dikatakan lupa agama Allah?

◆ Malu kerana menasihati ke arah kebaikan,
◆ Atau malu mengajak kearah kemungkaran?

◆ Malu kerana melakukan apa yang manusia tidak suka,
◆ Atau malu melakukan apa yang Allah tidak suka?

MALU itu perlu..
tetapi letakkan malu itu DITEMPAT YANG SEBENARNYA..
malulah di hadapan Allah andai kita TIDAK MELAKSANAKAN apa yang diperintahnya, sedangkan kita MENIKMATI segala pemberianNya..
jadilah kita hambaNya yang tahu BERSYUKUR,
insyaAllah..

:)





Suatu kisah,Kisah benar belaka
Seorang lelaki dalam pencarian
Mencari pemilik rusuk kirinya
Sudah bertahun bersendirian
Muncullah calon yang entah ke berapa
Bukan calang-calang calon yang di usulkan
Lulusan universiti Timur Tengah
Menghormati permintaan si anak

Yang mahu pendamping solehah
Sejuk mata memandang
Bertudung labuh litup
Pandai berbahasa arab
Pendek kata tip top!

Si lelaki mulakan istikharah
Hampir berminggu
Setelah meneliti gambar
Mula mencari maklumat

Sebelum sesi taaruf bermula
Si lelaki menjenguk laman web
Laman Friendster kegemaran ramai
Yang kini mungkin Facebook

Satu keajaiban!!
Si lelaki tidak pernah punya web sedemikian
Tiba-tiba tergamam
Si gadis masih anggun
Bertudung labuh litup
Bergambar sakan…

Aduh!!!

Terkejut bukan kepalang
Calon solehah direject tanpa ihsan
Bukan menjadi pilihan
Hanya kerana gambr di tayang
Pemilihan terbatal

Dia pernah berkata
Perempuan cantik itu
Tidak memandang dan tidak dipandang
Perempuan cantik itu
Tidak mengenali dan tidak dikenali
Perempuan cantik itu
Tidak menegur dan tidak ditegur

Akhirnya
Solehah kempunan calon soleh
Merayu untuk dipertimbangkan
Tapi sayang sekali
Si lelaki tetap tidak berganjak dengan keputusan

Wahai Muslimah
Aku dan kamu
Mari mempelajari, mencontohi
Watak-watak wanita salafussoleh
Sifat, pengorbanan dan perjuangan mereka
Kerana wanita solehah itu
Lebih baik daripada seribu lelaki yang tidak soleh...

~**~~**~*~selamat tinggal dan selamat datang~*~*~*~*~*


selamat tinggal baju ketat ku
selamat tinggal seluar jeans ku
selamat tinggal rambut ku yang terdedah
selamat tinggal tudung pendek ku
selamat tinggal gambar2 dedah aurat ku di FB
selamat tinggal dan selamat tinggal!!!

selamat datang tudung labuh ku
selamat datang baju muslimah ku
selamat datang baju longgar dan tidak jarang ku
selamat datang sarung tangan 'mak sum' dan stokin kaki ku
selamat datang amalan dakwah ku
selamat datang dan selamat datang!!!

"jom berhijrah ke arah yang lebih baik,...INSYAALLAH!^^"




Bila cinta dijaga kesuciannya, manusia akan selamat.Keturunannya akan selamat dan yang paling penting agamanya akan selamat. Allah mencurahkan kasih sayang-Nya kepada "mereka berdua" menjadi sehingga menjadi PENGANTIN DI SYURGA.



Lelaki yang tidak IKHLAS,,,jangan dilayan...apa bukti ikhlas...ikhlas dibuktikan dengan kejujuran, tanpa kejujuran tiadalah makna sesebuah hubungan...
erm umpamanya seperti ini;


Monolog lelaki dan perempuan..


Lelaki : Saya suka awaklah kerana awak cantik..
Perempuan : Iiyee kee, awak suka saya kerana saya cantik. Tetapi di belakang awak ada perempuan yang lebih cantik dari saya.
( Lelaki itu berpaling ke belakang )
Lelaki : Mana dia, perempuan tu..mana..tak nampak pun..
Perempuan : Ada kat belakang tu...
Lelaki : Mana ada...( kebingungan mencari kelibat yang dinyatakan oleh perempuan itu)
Perempuan : Hehe,,,awak penipu, awak tidak ikhlas menyukai saya, kerana awak sanggup berpaling ke belakang semata-mata mencari wanita yang lebih cantik daripada saya...
Lelaki :...( malunya saya ...sob3...)


>> maka berhati2lah wanita jangan mudah memberi cinta, andai cinta itu hanya dalilnya cantik, kaya, pangkat and so on yang bersifat dunia,,sekiranya dia boleh tinggalkanmu bersebab, tak mustahil dia boleh tinggalkan mu tanpa bersebab..wallahua'lam..

Cinta sebelum kahwin itu MENYAKITKAN,cinta selepas kahwin itu MEMBAHAGIAKAN..:-)

♥ Tolong jangan curi hati ini...
Jika tidak tahu untuk menjaganya...

♥ Tolong jangan curi hati ini...
Jika tidak tahu untuk menghargai...

♥ Tolong jangan curi hati ini...
Jika ingin melukai...

♥ Tolong jangan curi hati ini...
Jika ingin membuat diri ini merana...

♥ Tolonggggg~~~~~
Jangan jadi pencuri hati yang kejam..!!!
Yang boleh menyebabkan hidup seseorang sengsara...!! T_T